
SENTUHAN ROHANI @ROYAL BELUM
Assalamualaikum wbt sahabat2, ibuayah soleh solehah,
Bismillahirrahmanirrahim..
Buat Ibuayah dan para pendidik, kami dari Team TITAS ingin membuka peluang utk Berinfaq secara istiqomah di dalam Pendidikan Dakwah Orang Asal Royal Belum.
Dana yg kami perlukan setiap bulan adalah sekitar RM 3,000 untuk 3 buah kampung iaitu Kampung Semelur, Kampung
Maka kami mencari 300 org yg sudi berinfaq secara istiqomah setiap bulan utk membangunkan Dana ini serendah
1 Lot RM 10
Mungkin bagi setengah orang, Royal Belum adalah destinasi pelancongan. Tempat untuk bercuti, memancing, merasai pengalaman tidur dalam Houseboat, mandi air tasik yg bersih, menikmati air terjun, atau naik Speedboat keliling rtasik atau terapi diri mandi dengan Ikan Kelah. Macam-macam promosi di Royal Belum yang ditawarkan.
Namun bukan itu tujuan kami.
Royal Belum bagi kami BUKANLAH tempat BERCUTI.
Ia nya tempat kami MENDIDIK HATI, menundukkan Nafsu CINTA DUNIA dan KEHENDAK DIRI. Melihat kehidupan dikampung yg serba serbi kekurangan. TANPA Eletrik, Tanpa internet, TANPA TANDAS.. Tanpa pili air dirumah.
Teringat ziarah raya dari rumah ke rumah yang kami buat pada tahun 2018..
“Amboooi rumah mereka siap ada TV, ada Astro NJOI.. Kaya tu “ Topik bualan kami ketika melihat Piring Astro di kebanyakkan rumah.
Tiba di sebuah rumah, kami melihat ada anak muda yg sedang mengadap TV dengan seriousnya.
“Buat apa ni ?” Saja berbasi menyapa.
“TENGOK TV” Jawabnya sambil masih serious matanya memandang TV yg gelap TANPA SIARAN” lawak ke apa… kenapa tak pasang jer TV tu.
“Mereka di sini TAK ADA LETRIK. So memang BETUL2 TENGOK tv jerlah” Astaqfirullah hal adzim.
Pernah di dalam kelas kami ajukan soalan cepumas kpd ibu-ibu
“Pagi tadi siapa solat subuh ?” Kebanyakkannya diam.
“Kenapa tak solat.. kan dah tahu WAJIB SOLAT 5 waktu”
Rupanya kerana di rumah TAK ADA SALURAN PAIP. Belum mandi wajib.
Tak boleh ambik wudu..
Nak cuci apapun , semua kena ke sungai.
Ampun Ya Rabb di atas prasangka kami. Robek hati kami.
Terduduk kami kesyukuran dgn limpahan nikmat Allah yg terlalu banyak.
Dalam kelas semalam saya tanya tentang beberapa pelajar dari kampung berdekatan yg tidak hadir
“Mereka tak de duit nak SEWA BOT nak datang belajar” Ya Rabb …
Teringin nak dapatkan ILMU KENAL ALLAH walau percuma tapi tak mampu. AMANAH siapa ini ? Semua sibuk menjaga KERABAT masing- masing yg belum BERTUKAR BAJU RAYA.. mereka terkial-kial mengikat anak dengan kain batik lama, bergaya dengan Tshirt lusuh yg koyak dek TIADA BAJU.
Allahu… AMANAH Siapa ini ? Saudara seislam kita ..di negara kita.
Apa PERSIAPAN JAWAPAN kita dihadapan Allah nanti.
Bertubi-tubi persoalan itu HADIR pada diri di saat itu.
Maka dari saat itu bermulalah langkah kami melalui Pertubuhan Tangan Emas BAK untuk istiqamah mendidik dan menyantuni mereka.
Semalam ketika JAMUAN RAYA di Sg. Tiang, saudara-saudara Muslim Muslimah kita cantik bersih mengayakan baju TERPAKAI yg kami berikan. Di suatu sudut yang lain, berderet-deret lagi yang berbaju lusuh dan berkain koyak..
“Mana baju raya ?” tanya En Suami berbasa-basi. “Belum Islam. Mereka tak kasi” en suami terus datang bertanya.. bukan kami sengaja tidak beri.. tetapi sumbangan kami TERHAD. Dana kami kecil. Kami bukan YAYASAN besar yg menaungi walau itulah IMPIAN BESAR KAMI.
Misi utama bantuan TITAS bukan lah dari ekonominya walau pun itulah HAJATNYA.
Namun KEUTAMAANNYA utk menyelamatkan IMAN mereka dahulu agar mereka tidak menjadi kufur semula..dan LEBIH DEKAT dgn Allah. Tahu untuk MEMINTA dan MENGADU kpd Allah sendiri Sang Pemilik Gedung Kekayaan.
Doa kami semoga Allah hadirkan JUTAWAN-JUTAWAN DERMAWAN yang memiliki Tangan Emas yg sudi istiqamah menyimbang menaungi Perjuangan kecil kami ini di Tangan Emas BAK & TITAS.
Project SENTUHAN ROHANI @ ROYAL BELUM untuk masyarakat orang asli di Kg Desa Damai, Kg. Sungai Tiang & Kg. Semelor.
INI adalah antara projek-projek sumbangan yang kami lancarkan untuk saudara mara SEISLAM KITA DI ROYAL BELUM.
Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan sebuah hadits dari ‘Adi ibn Hatim bahwa Rasulullah SAW bersabda:
اتَّقُوا النَّارَ وَلَوْ بِشِقِّ تَمْرَةٍ، فَمَنْ لَمْ يَجِدْ فَبِكَلِمَةٍ طَيِّبَةٍ “
Jauhilah neraka walaupun dengan bersedekah sebelah butir kurma, maka siapa saja yang tidak mendapatkannya, maka hendaklah (bersedekah) dengan kata-kata yang baik’.”
(HR Bukhari dan Muslim).
Semoga ianya menjadi amal soleh ini yang berpanjangan dn menyelamatkan kita dari api neraka selagi Quran itu dibaca dan dipelajari oleh mereka.
Maka kami mencari 300 org yg sudi berinfaq secara istiqomah setiap bulan utk mmbangunkan Dana ini serendah
1 Lot RM 10
Jom waqafkan juga utk org tersayang yang telah tiada, InshaaAllah.