Program Kids Quran Hour & Squad Masjid 2026
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ibu ayah yang dihormati dan dikasihi ❤️
✨ PER: PROGRAM KIDS QURAN HOUR ✨
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa pihak kami akan menganjurkan program Kids Quran Hour bagi khalifah 6 tahun sahaja seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 23 April 2026 (KHAMIS)
⏰ Masa : 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat : Masjid Al-Madaniah, USJ 18, Subang Jaya
Yuran Penyertaan : RM20/pelajar
Dress Code : Baju sukan biru AS
Objektif Program :
- Menggalakkan anak-anak Khalifah untuk berinteraksi dengan Al-Quran melalui pembacaan, pemahaman dan pengamalan.
- Mengajak masyarakat bersama-sama menghayati serta membaca Al-Quran.
- Memberi pendedahan tentang program Quran Hour serta menggalakkan pengimarahan masjid dalam kalangan anak-anak Khalifah.
Sekiranya ibu ayah berhasrat untuk menyertakan anak, mohon maklumkan kepada guru kelas berserta bayaran sebelum 15 April 2026 (Rabu)
Segala kerjasama dan sokongan daripada pihak ibu ayah amatlah kami hargai. Semoga Allah SWT memberkati setiap usaha kita dalam mendidik anak-anak menjadi generasi Al-Quran ❤️

Jazakumullahu khairan kathira.
Yang menjalankan amanah,